Di Antara Logik | Diagnosis 2 | Fangirl

8:54:00 PM


Assalamualaikum w.b.t.


Today I think I wanna make 3-in-1 book reviews because I'm too lazy to make an entry for each book. First because now I'm busy preparing my needs for matriculation, packing things and stuffs and second, I'm not kinda in the mood because of several reasons.


So, let's move on the first book.



Tajuk: Di Antara Logik

Penulis: Faten Anur

Tahun: 2015

Genre: Misteri, Seram


Sinopsis:

Luna ceritakan tentang satu kisah. Kisah yang bukan sekadar 'urban legend'. Tapi kisah yang meniti dari mulut ke mulut sejak dulu lagi. Dan mereka tersilap langkah. Mereka telah menyeru DIA tanpa disedari. Roh itu kembali-memburu setiap seorang daripada mereka. Semua yang berlaku kemudian langsung tidak masuk akal lagi. Semuanya DI ANTARA LOGIK.  

"Kau memang wujud?" 

"Aku wujud kerana kau yang inginkan aku..."


Review: (3.75 / 5)

Okey, secara ringkasnya, cerita ni agak seram jugalah, kalau baca waktu sorang-sorang dan tambah lagi waktu malam. Nak lagi best baca waktu hujan tengah turun malam-malam, buatnya bunyi yang kita dengar dari luar rumah tu berperanan jadi sound effect untuk cerita seram ni. Secara jujurnya selepas saya baca separuh daripada buku ni, saya terus turun ke tingkat bawah dan sambung membaca di bilik mak saya sebab terasa seram sejuk nak membaca sorang-sorang. Tambah-tambah orang yang kuat berimaginasi macam saya ni, senang sangat nak terbayang-bayang benda bukan-bukan.

Nevertheless, saya berjaya habiskan buku ni dalam masa sehari saja (actually novel-novel melayu memang saya mampu baca dalam masa sehari saja). Mula-mula baca memang agak bosan jugak, tetapi lama-kelamaan bila misteri tu tiba, hilanglah rasa bosan tu. Situasi dia juga banyak yang berulang-ulang tapi saya tetap teruskan membaca sebab nak tahu macam mana misteri tu akan selesai. Saya perasan yang penulis pun ada selitkan sikit unsur-unsur nasihat dalam novel ni. Tetapi ending dia... tak tahulah macam mana nak cakap. Plot twist dia tak killer sangat, saya tahu penulis ni dah cuba yang terbaik. Tapi entahlah, ending dia buat saya rasa pelik. Ada something yang incomplete.




Tajuk: Diagnosis 2

Penulis: Dr. Anwar Fazal, Dr. Mahyuddin, Dr. Marfeitz, Dr. Fatin Liyana, Dr. Azah, Dr. Beni, Dr. Aizzat

Tahun: 2015

Genre: Fiksyen, Medik, Slice-of-life


Sinopsis:

Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari. Kamu menjadi watak transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis, bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati. Kerjaya ini, jika benar untuk Illahi, pasti akan menundukkan hati dan buat rasa rendah diri.

Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling 'kaya' dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu 'rasa itu' rasa yang tak mampu dibeli biar dengan segunung harta materi di dunia. Ya, ini kerjaya kami selamanya.


Review: (4.0 / 5)

Buku ini khas untuk kalian yang (betul-betul) inginkan pencerahan tentang bentuk-bentuk ujian yang dihadapi oleh para doktor sekalian. Buku ini pun membuka mata saya tentang realiti hidup sebagai seseorang yang berkerjaya, bukan sekadar doktor, tetapi kepada semua kerjaya, masing-masing ada cabarannya.

Buku Diagnosis 2 ni sequel kepada novel Diagnosis 1, tapi saya terlupa pulak nak buat review pasal buku Diagnosis 1 tu. Ada 7 orang penulis dalam buku kali ni, dan setiap penulis ada menulis bab-bab dia yang tersendiri. Pendek kata, ada 7 bahagian di dalam buku ni yang memaparkan cerita-cerita yang berlainan. Setiap penulis pun ada cara menulis dia yang tersendiri, ada yang guna ayat ringkas dan senang faham je, ada yang menulis macam ayat novel dan ada yang menulis dalam English. Tetapi persamaannya, semuanya berkisar tentang realiti hidup, bukan sekadar di hospital, tetapi di rumah, bersama keluarga, mak ayah dan lain-lain. Memang betul-betul slice-of-life.

Reaksi saya bila baca bahagian-bahagian dalam buku ni waktu doktor-doktor cuba selesaikan masalah macam, "Oh, macam tu rupanya..." Macam, korang baru tahu kenapa doktor kena buat macam tu lah, kenapa kena buat macam ni lah. Dia ada explain semua.

Buku ni ada banyak menggunaan istilah-istilah perubatan tapi jangan risau, dia ada bagi nota kaki untuk explain semuanya. Buku ni banyak memberi pengajaran kepada saya supaya hargai hidup ini, hargai orang yang terdekat dengan kita, hargai masa yang kita ada.

"Life is shorter than you could imagine. Better make full use of it. Don't just sit around in your chair whining about how bad life is treating you,"

The most interesting quotes from this book so far :)




Title: Fangirl

Writer: Rainbow Rowell

Year: 2014

Genre: YA, Contemporary, Romance


Synopsis:

Cath and Wren are identical twins, and until recently they did absolutely everything together. Now they're off to university and Wren's decided she doesn't want to be one half of a pair any more - she wants to dance, meet boys, go to parties and let loose. It's not so easy for Cath. She's horribly shy and has always buried herself in the fan fiction she writes, where she always knows exactly what to say and can write a romance far more intense than anything she's experienced in real life.

Now Cath has to decide whether she's ready to open her heart to new people and new experiences, and she's realizing that there's more to learn about love than she ever thought possible ...  

A tale of fanfiction, family, and first love.


Review: (3.9 / 5)

An okay book. The first few chapters are quite... not interesting. Well, it's because the beginning chapters were an introductory chapters I guess. But in the later chapters, I'm easily getting involved in the story. Somehow Cath does resemble me, but I might say she is worst. She's just too delusional. Even though I'm an introvert, but I'm not that too opinionated like her. The only thing I like about her is her love for his dad and her sister, Wren.

And Cath writes fanfiction. Wow. I used to write fanfiction too, using korean idols as the characters. But I pause for a while. I don't know when I will continue to write fanfiction again.

I wanna get my hands on Eleanor and Park. Soon.


So, that's all I have for now. See you in the next entry!


best wishes, 

You Might Also Like

6 obliviators

  1. Dari dulu teringin sangat nak beli buku diagnosis tu. simpan dkat wishlist mphonlinee je. T_T BILA nak beli entah lah. thank you buat review nii. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe welcome! haha, insyaallah satu hari nanti awak boleh beli buku tu XD lagipun itu buku kakak saya, saya pinjam heheheh

      Delete
  2. Diantara logik sounds like it will be a great read.

    ReplyDelete
    Replies
    1. For horror stories fans, it'll be a good read indeed :D

      Delete
  3. i love diagnosis! diagnosis apokalips je belum sempat baca.

    ReplyDelete

LEGACY

HOLLER