Seruan Terakhir

3:10:00 AM


Assalamualaikum w.b.t.





Tajuk: Seruan Terakhir  


Penulis: Ismi Fa Ismail  


Tahun: 2015  


Genre: Seram, Sains fiksyen  


Sinopsis:


Novel ni adalah yang terakhir. Semua orang dalam dunia ni akan mati.

Selamat membaca dan semoga terhibur.


Novel ni adalah sequel kepada novel Seruan Kedua. Kalau novel sebelum-sebelum ni lebih mengetengahkan elemen-elemen misteri, novel kali ni lebih mengetengahkan unsur sains fiksyen/fantasi/distopia daripada novel-novel sebelum ni.



Review:


Ok, firstly, saya mintak maaf sangat-sangat kalau ter'spoil' cerita ni haha. Kalau taknak spoiler pergi baca buku ni cepat. Hehehe. Promote kejap.


Setting cerita ni sekitar tahun 2016 - 2066. Jangka masa yang agak... panjang? Panjang jugaklah. Bayangkanlah tahun 2066 saya dah berapa tahun. (guna kalkulator) Hah, 68 tahun! Entah hidup ke tak lagi wallahu'alam. Yang saya kagumnya macam mana penulis ni olah keadaan masa depan, ala-ala distopia tapi ada unsur islamik gitu.


Dalam novel ni, masa depan dia tak sama macam zaman kita sekarang ni. Manusia zaman tu tak kenal apa benda tu iPhone. Kamera digital pun apatah lagi. Sebab semua barang-barang eletronik kena rampas (tak silap) ataupun barang-barang tu jadi barang yang terlarang. Kalau ikutkan memang betul, sebab abang saya pernah cerita teori yang masa depan nanti bumi ni dah tak ada medan elektromagnet - entahlah benda-benda macam tulah. Sebab tu masyarakat masa depan akan hidup macam masyarakat zaman dulu balik. Tanpa elektrik dan kemudahan macam sekarang. Macam manusia zaman batu (tak adelah zaman batu sangat).


Novel ni dah tak berapa seram sangat. Bukan tak ada elemen seram langsung, masih ada jugak sikit macam cerita perempuan meraung tu, jelmaan makhluk berjubah hitam yang menyampaikan berita kematian semua tu. Tapi novel terakhir ni lebih kepada dia nak sampaikan keadaan masa depan yang agak corrupted, masyarakat berpecah kepada puak and so on. Cerita paling sedih sekali cerita Fitriyah. Memang mindblown sangat bila baca saat-saat terakhir dia hidup sebagai... erm tak nak spoil haha. Cuba teka sendiri mehhh.


Tak tahu nak explain the whole cerita ni macam mana. Yang saya tahu, kalau cerita ni dibuat jadi filem, saya orang yang pertama beli tiket muhahahah. Part yang Fitriyah dengan Firdausi lawan lelaki-lelaki bertopeng hitam tu memang epic. Fitriyah ada kuasa yang luar biasa - kuasa yang saya tak nak miliki sebab saya ni tak tahan panas teehee.


Ending dia buat saya ternganga. Adakah ini plot twist? Ataupun saya yang kena tipu bulat-bulat selama ni? Anyway, thumbs up! Suka cara penulis ni selitkan unsur-unsur islamik dalam novel kali ni. Kena dengan tempat dan keadaan. Buku ni saya habiskan dalam masa sehari saja. Sebab apa? Buku ni antara buku yang hard to put it down. Salute! Susah nak jumpa jalan cerita yang unik macam ni dalam novel melayu tau!


Ada TUJUH semuanya.


Bukan ENAM.


Tapi TUJUH.


Adakah ini bermakna novel ni ada sequel lagi? Sebab saya perasan, yang watak Serafina tak muncul pun dalam novel Seruan Terakhir ni (kecuali babak terakhir di medan perang) Adakah penulis nak buat back story kepada Serafina? Saya teringin nak tahu apa yang terjadi dekat Serafina!



Overall: ★★★★★


You Might Also Like

0 obliviators

Great Legacy

Sticky Notes

elite reader(s)