JPJ Test + Keputusan Matrik

9:21:00 PM


Assalamualaikum w.b.t.



Ini entri ekspres hihihi. Jadi unproper manglish digunakan lol.






Alhamdulillah, JPJ test hari tuh LULUS in first try. Memang hari-hari sebelum test tu cuak habis sebab takut nak kena repeat segala bagai memandangkan saya tengok ramai orang yang kena repeat heol. Seminggu tu memang fokus habis waktu practice bawa kereta dekat litar. And malam sebelum saya test tu saya gali habis segala macam tips-tips. Nasib baik terjumpa blog akak ni. Alhamdulillah, banyak membantu.



Kebetulan lah waktu hari test hari tuh saya ada bertegur sapa dengan seorang kawan ni sebaya saya, kena repeat litar katanya. Dia spoil yang parking sisi tu. And adalah sekumpulan kawan-kawan yang lain yang sebaya saya jugak kongsi tips-tips berguna waktu dekat litar kan. Terutamanya yang part bukit yang agak berpuaka tu hahaha. Jangan takut tekan minyak walaupun bunyi mengaum dia memang menakutkan. Jangan lupa check cermin sisi dengan cermin pandang belakang. Jangan lupa bagi isyarat tiap-tiap kali nak membelok. Ya ya, memang benda-benda tu basic tapi almaklumlah bila dah cuak kan semua benda senang nak lupa.



Waktu kena buat RPK tu, memang saya ada miss certain benda, macam cermin sisi kanan dan dokumen sekian sekian sekian tu. Hahaha orang pelupa macam saya ni memang wajib kena miss benda kot gamaknya. Part enjin, terlupa nak check sukatan minyak pelincir kahkahkah. Nasib baik berapa markah je yang kena tolak. Lepas tu tunggu turn untuk test litar, punyalah berjam lamanya, datang pagi-pagi last-last dapat pegang stereng pukul 2.30 lebih. Dalam rushing-rushing tu, alhamdulillah selekoh 'S' dapat dibuat dengan jayanya.






Pergi yang part bukit tu. Saya nampak abang JPJ tu dari jauh, suruh naik atas bukit tu. Saya pun tekan minyak and naiklah. Sampai atas bukit, abang JPJ tu tegur kata dia tak suruh saya naik pun. Dia suruh orang yang bawa kereta di sebelah kereta saya tu yang naik. Saya pun dah macam, alamak. Saya minta maaflah, kata yang saya salah faham. Nasib baik dia kata okey. And yang part nak kena turun tu pulak ohmeygard. Dia siap ugut "Adik tau kena buat apa kan? Jangan undur. Kalau undur, gagal terus ye." Alahai. So comforting.



Nasib baik tak ada problem untuk imbang so bolehlah turun bukit dengan lancar. And side parking dengan pusingan tiga penjuru pun okey. And the last one selekoh 'Z' pun alhamdulillah okey. So lepas dah habis litar semua, tunggu untuk test jalan raya pulak. Sempat singgah kantin beli air mineral kejap. Sebab dahlah dengan panas dan penat lawan perasaan takut semua tu haihh.



And bila pukul 5 lebih, baru sampai turn saya untuk bawa kereta ke jalan raya. In fact, saya orang last sekali wahkahkah. Alah, yang dekat jalan raya tu, memang ada banyak jugak silap, nyaris lupa nak bagi isyarat tapi nasib baik teringat. And kereta pulak nasib baik tak mati enjin fuhhh. Memang kena banyak main dengan minyak sebab tak nak bagi enjin mati. Cuak eden.






Bila dapat balik borang salinan JPJ tu, alahai kecut perut nak tengok dapat result apa. Alih-alih dapat LULUS, alhamdulillah. Walaupun markah memang sekadar atas pagar. Kalau tersilap sikit memang habislah, kena repeat semula. Pak cik tu kata balik ni kena belajar memandu lagi, ada yang tak lancar. Hahaha yalah, memang betul pun pak cik, what do you expect from me, yang baru belajar memandu baru beberapa kali?



Balik rumah, entah kenapa, rasa nervous tu masih tak hilang-hilang. Rasa macam tak percaya saya lulus. Rasa macam, entah, tak tahulah nak cakap macam mana. Rasa serik pun ada. Mungkin fobia. Entahlah hahaha. Rasa pelik sebab lepas ni saya tak payah pergi ke litar tu lagi. Bukan apa, serik. Serik nak ada perasaan takut macam tu lagi hahaha.



So, untuk hilangkan rasa nervous tu, saya bukak Youtube dan distractlah diri saya sendiri. Apa-apa saja asalkan bukan memandu. Mak dan abang keluar pergi pasar raya, dan saya telefon mak saya suruh beli nasi paprik. Waktu tengah telefon tu pun memang tengah melantak Maggi. Memang nak melantak habislah malam tu. Langgar segala pantang larang diet mak nenek semua tu HAHAHA. Cehh macamlah aku dalam pantang.



So, done with JPJ test, now nak cerita pasal result matrik pulak.






Yes, dapat Kolej Matrikulasi Kedah. Even pilihan pertama is Kulim, tapi tak apalah, dapat KMK pun dikira alhamdulillah. Dalam Kedah jugak kan. Taklah jauh sangat dari negeri saya bertapa sekarang ni. Tak ada rezeki untuk ke selatan kot hahaha. Dari zaman MRSM sampai sekarang selalu dapat dekat utara.



And to my surprise, tiga daripada kawan-kawan baik saya pun dapat KMK. Lega sangat bila ada kawan-kawan nii. Tak adalah awkward sangat kalau ke sana sorang-sorang kann. Alhamdulillah. Sekarang cuma menunggu result UPU untuk timbal balik mana satu yang patut diambil.



Semalam, saya dah habiskan novel Seruan Terakhir. Memang daebak ending dia. Insya-Allah, bila kelapangan saya cuba buat review ASAP. Sayonara, minna~


You Might Also Like

11 obliviators

  1. Tahniah Yoo !! :) Hehee both utk lulus JPJ's test dgn dpt matrik ^^ In case kalau nak fham lagi tentang matrik boleh baca sini --> http://www.lukmankhiruddin.com/2016/04/moe-matriculation.html :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you saf! ヽ(*⌒▽⌒*)ノ

      Delete
  2. Grats for your jpj test~~ wahh ganbattene on your matrics, do well!

    ReplyDelete
  3. Congrats Yoo,lulus JPJ test aaand dapat masuk Matrik :)

    ReplyDelete
  4. fewitt! congratulations.
    wishing you the best for upu too!

    ReplyDelete

LEGACY

HOLLER