Kenapa Followers Widget Penting Dalam Blog Anda

1:20:00 AM


Assalamualaikum w.b.t.





I can't stand the fact yang saya tak boleh nak follow balik blog orang lain yang telahpun follow blog saya. I wanna tell you I really wanna follow you really bad, but since ada sesetengah blog yang tak letakkan followers widget dan mengharapkan button 'FOLLOW' semata-mata, I kinda feel disappointed sebab ada sebab musababnya saya tak boleh nak follow balik.



Saya saja buat entri ni supaya saya boleh share in case saya bertembung dengan mana-mana blog yang saya nak follow tetapi tak ada follower widget. Mana-mana rakan blogger yang menghadapi masalah yang sama seperti saya dan ingin share perkara yang sepatutnya kepada blog-blog tersebut, anda dialu-alukan untuk share sekali supaya krisis follower ni dapat diselesaikan.



Firstly, untuk pengguna button 'FOLLOW' yang ada bermacam-macam design tu, ada yang comel, yang simple, ala-ala tumblr dan sebagainya, dukacita sekali saya ingin maklumkan bahawa button itu hanya berfungsi secara efektif bagi blogger-blogger yang 'following list' dia tak mencecah 300+ lagi. Faham tak? Maksud saya, blogger-blogger yang sudah follow 300 blog ke atas dah tak boleh follow guna button itu lagi. Mari saya bagi contoh.



Following list saya sudahpun mencecah 300 ke atas. Mungkin juga 400 ke atas, saya malas nak kira. (asalkan saya follow kanns)



Bila saya klik button FOLLOW di blog tersebut, mesti benda ni yang keluar, kan?


(entah tetibe terfikir nak edit jadi Encik Konan punye blog haha)



Okay, then saya klik follow. Bermakna saya dah follow blog tersebut bukan? Dia akan keluar benda ni juga, kan?





Tapi malangnya nama saya tak keluar dalam senarai follower blog terbabit. Kenapa? Kan jumlah blog yang saya follow dah melebihi limit. Button tu dah tak berfungsi untuk saya lagi. Jadi, sebab tu nama saya tak terpapar.



Tapi, walau apa-apapun, saya masih boleh follow blog tu jika beliau meletakkan followers widget atau Google Friend Connect dekat sidebar blog dia. And so, the problem is solved.



So, sudah terang lagi bersuluh kerana disuluh oleh lampu suluh (okey dah start merapu) bahawa Followers Gadget sememangnya crucial untuk blogger berpengalaman seperti saya (bhahaha sila muntah berjemaah) untuk follow blog anda. Cehh. Saya pun tak pasti kenapa entri ini kedengaran baku semacam, maafkan keterlebihan formaliti saya ya maklumlah otak saya sentiasa macam ni.



Eh eh. Macam mana nak tambah follower widget di sidebar?



Ofkos lahh ramai yang dah tahu macam mana. Tapi saya bagitau jelah in case ada yang terlupa, sengaja lupa, atau pura-pura lupa.



Dashboard > Layout > Add a Gadget > Followers.



Tak jumpa 'Layout'? Itu bermakna anda menggunakan simple template ataupun blogskin. Boleh rujuk tutorial ini untuk tambah widget tu.



Saya tahu ramai dah yang sedia maklum pasal hal ni, tapi biasalah, saya kan tukang inform yang ketinggalan zaman lagi tidak bertauliah hihi.



So... DONE! Hope this entry helps yaw!


You Might Also Like

0 obliviators

Great Legacy

Sticky Notes

elite reader(s)