Epic fail

9:11:00 AM


Assalamualaikum w.b.t.





Lamanyaa tak update blog huahuahua. Semenjak dua menjak ni idea makin kurang nak update apa. Well memandangkan aku dah terbuat entry, jadi kenalah manfaat sebaik-baiknya masa yang aku ada ni kann.



Semalam mak aku kabor berita gembira. Dia kata dia dah contact sorang pak cik ni, nama dia pakcik Hamid, suruh ajar aku drive kereta. Minggu depan aku dah boleh pergi kursus dah. Yehet~ Tak sabar nak pegang stereng. Doa-doakanlah semoga semuanya berjalan dengan lancar ya XD



Lagi tiga hari lagi nak serbu BSN sebab nak rompak nombor pin HAHAHA merompak? Kalau orang macam aku ni nampak gayanya akan jadi 'rompak' daripada 'beli' hahaha. Lagipun tahun ni aku dah target nak baca 40 buah buku, entahlah, rasanya 40 bagi aku dah cukup kot? Tak berani nak target banyak-banyak, nanti tak terhabis pulak. Lagipun aku ni hamba Allah yang suka menghayati cerita dan tak suka rushing-rushing waktu baca buku, so bagi aku 40 tu dah memadailah tu.



Hari tu aku dah habis baca Harry Potter and Deathly Hallows, tapi aku rasa tak payah kot buat review. Korang pun tahu cerita tu memang awesome, tak perlu kot aku nak promote-promote lagi hehehe. Bila aku tengok balik movie Harry Potter tu, memang aku setuju yang aku lebih prefer novel dia lagi. J.K. Rowling memang akan sentiasa menjadi penulis favorite aku.



Tapi sayang betul Fred mati. Fred dan George dahlah crush aku hahahah. Entahlah, aku memang akan ada rasa pelik lagi-lagi kalau ada watak kembar. Entah, aku pun tak tahu kenapa aku suka bila ada kembar hihihi. Dahlah Fred ada cakap kalau dia kahwin nanti, dia akan buat majlis yang sederhana-sederhana je. Kesian Fred tak sempat nak kahwin. Hahaha over betul aku ni. Aku tau aku ni pelik sebab rasanya aku je yang menangis waktu baca babak Fred mati hohohohoh.



Tapi Albus Severus Potter serious comel! Wahhh rasa macam nak peluk dia ketat-ketat macam aku peluk kucing aku hihihi.






hehehe sekali sekala nak kemaruk pasal Harry Potter XD




cubaan untuk meniru smiley Kim Myungsoo. EPIC FAIL!




buku ni entah zaman bila punya. aku terjumpa dalam almari buku abang aku hehehe.





taraa! cubaan aku untuk men'design' graphic sendiri. haha boleh buat takat ni je, takut jadi epic fail!



So hehe, sampai sini je aku berceloteh. Sayonara~


You Might Also Like

8 obliviators

  1. hati hati masa belajar kereta tu :) memang sedih masa Fred mati :( rasa tak lengkap betul Harry Potter lepas diorang mati. L punya smiley memang comel hehe. adik minat INFINITE gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup minat infinite jugak hehehe XD terima kasih atas encouragement ;D

      Delete
  2. Kaki dengan tangan jangan keras sangat bila bawak kete tu.. tu tips berguna taw

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. setelah berhempas pulas mencuba ahaha XD
      tapi graphics yui lagi lawa tauu hehe yui lagi terer dari yoo XD

      Delete

LEGACY

HOLLER