Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

1:16:00 AM


Assalamualaikum w.b.t.



Rasanya hari ni saya post banyak sikit kot. Entahlah memandangkan ramai orang baik hati memberi saya peluang untuk mencuba segmen-segmen yang dianjurkan, dan saya seorang yang baik hati dan tak suka tolak rezeki, (ehem sila muntah ya) jadi baiklah. Untuk kali kedua, saya mempersembahkan;;;






Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?

Panjang ceritanya. Sebagai permulaan, saya akui yang saya ni seorang yang suka menulis dan menaip walaupun tak selaju mana. Entri pertama yang saya publish adalah sewaktu saya Darjah 5, pada tahun 2009. Tujuan? Saja suka-suka. Maklumlah waktu tu saya masih kanak-kanak (erm sekarang pun masih kanak-kanak eheh) Saya rasa blogger adalah tempat yang paling sesuai untuk orang yang suka taip panjang berjela-jela macam saya. Sebab macam laman sosial lain, ada word limit lah, itu lah, bla bla. Tak dapat merasa nikmat berkongsi benda. Pada awalnya memang saya terinspirasi daripada senior-senior blogger seperti kak Syuhada Sumomo, kak Lolly Luvfareda dan ramai lagi, malangnya mereka dah tak aktif dah sekarang :'( Saya cadang nak jadikan blog ni sebagai tempat saya berkongsi review pasal buku, movie dan anime, tetapi buat masa sekarang saya tak publish apa-apa review lagi. Maklumlah, membuat review memakan masa, dan saya baru nak bermula. :)



Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?

Kalau saya teliti balik entri-entri saya yang lepas, semuanya merapu-merapu belaka. Kalau Encik Kidal tanya dari mana saya dapat idea untuk merapu tu, saya dapat balas yang semuanya datang secara spontan. Terutamanya ketika saya sedang stress dan minda tengah haru-biru. Waktu tu, semua yang ada dalam kepala semuanya terkeluar tanpa ditapis. Memang saya rasa kesian dekat siapa-siapa yang terbaca entri saya tu. Mesti terseksa dengan entri merapu tahap overdose tu. Readers, maafkan saya~ :'(



Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?

Selalunya berjam-jam. Menaip bukan masalah, tetapi internet lambat memang... hahaha. Kadang-kadang line internet terputus tanpa sebab. Entri yang nak dipublish malam tu terpaksa ditunda ke malam esok. Tak pun waktu tengah berapi-api sampai berasap-asap menaip, tiba-tiba idea lenyap dan ghaib macam hantu jin puaka. Jadi buat anda yang selalu tak tahu nak update tu, saya faham perasaan anda. Pendek kata, agak lama jugaklah nak hasilkan sesebuah entri.



Erm harapnya saya menjawab soalan. Maaflah sebab saya memang terkenal di sekolah sebagai manusia yang terlebih pandai yakni genius tahap 6D sebab selalu bagi jawapan yang tersangat lain daripada yang ditanya. (ahem saya tak tahu kenapa entri kali ni kedengaran agak baku lol)



Insan yang bertuah kali ini ialah...



AWAK ♥



You Might Also Like

1 obliviators

Great Legacy

Sticky Notes

elite reader(s)