Seruan Pertama

11:49:00 PM


Assalamualaikum w.b.t.





Tajuk buku: Seruan Pertama

Penulis: Ismi Fa Ismail

Tahun; 2015

Genre: Seram, Psikologi

Sinopsis:

"Novel ini adalah kisah berangkai dari trilogi 'Jangan Baca Novel Ni'. Dan semua watak di dalam novel ini akan mati. Selamat membaca dan semoga terhibur..." -Ismi Fa Ismail

Secara keseluruhannya, cerita ni mengisahkan tentang misteri satu wabak penyakit yang dianggap gangguan mental yang tersebar di seluruh dunia dan tidak terkecuali negara kita sendiri, Malaysia. Dalam usaha untuk memulihkan keadaan, semua yang terlibat dengan misi ini mengalami gangguan-gangguan pelik oleh kewujudan makhluk-makhluk lain yang ada di sekeliling kita.


Pendapat saya;


‘Seruan Pertama’ bermaksud wabak penyakit itu, yang kononnya dianggap sebagai suatu bentuk seruan misteri, berada dalam fasa yang pertama, sebelum beralih ke fasa yang lebih rumit. (saya rasa, kalau salah tolong betulkan saya) Memandangkan saya dahpun baca trilogi ‘Jangan Baca Novel Ni’, jadi saya dapat mengagak macam mana penulis akan olah cerita dia kali ni. Majoriti situasi novel ni bertempat di Malaysia, tapi ada juga yang bertempat di negara lain. Jalan cerita dia menarik, plot dia tak dapat dijangka. Banyak unsur psikologi dan ada juga unsur-unsur thriller.



Saya suka situasi-situasi horror dia. Tak klise. Semua situasi dalam novel ni memang suit dengan tema dan genrenya. Sebagai seorang pembaca, novel ni membuatkan kita tertanya-tanya macam mana misteri tu akan selesai, memandangkan yang menghadap mereka sekarang ni bukannya sebarang masalah biasa. Sebab ia berkaitan dengan makhluk halus. Dan ada sesetengah situasi horror dalam novel ni berjaya buat saya rasa seram sejuk.



Novel ni membuatkan kita rasa tak sabar-sabar untuk tahu macam mana endingnya. Semua karakter dalam novel ni pun tak klise. Saya suka dengan semua karakter-karakter dia sebab kebanyakan daripada mereka ada macam satu semangat untuk menegakkan kebenaran. Saya rasa sangat enjoy baca novel ni dan novel ni berjaya menjadi salah sebuah novel kegemaran saya, di samping trilogi ‘Jangan Baca Novel Ni’. Novel ni memang berbaloi untuk dibaca, terutamanya kalau korang peminat cerita-cerita horror. Ending novel ni buat kita rasa curious dan tak sabar-sabar nak baca novel yang seterusnya, iaitu Seruan Kedua.


Keseluruhan:

★★★★★



(Kesat peluh) Haha, first review. Sorry kalau kedengaran agak kekok :D



You Might Also Like

0 obliviators

LEGACY

HOLLER