Seruan Kedua

11:51:00 PM


Assalamualaikum w.b.t.





Tajuk buku: Seruan Kedua

Penulis: Ismi Fa Ismail

Tahun: 2015

Genre: Seram, Psikologi

Sinopsis:

"Novel ini adalah sambungan kepada Seruan Pertama. Semua watak di dalam novel ini juga akan mati. Selamat membaca dan semoga terhibur..." -Ismi Fa Ismail


Cerita ni adalah sequel kepada novel Seruan Pertama. Masih berkisar tentang wabak misteri macam dalam novel sebelumnya.


Pendapat saya;


Apabila seruan misteri itu beralih ke fasa yang seterusnya, iaitu fasa kedua, tercetuslah ‘Seruan Kedua’. Cerita ni terus berkembang dan berkembang, dan dalam sequel yang kedua ini pun kita dapat lihat perkembangan watak yang semakin jelas dan ketara. Tak banyak yang saya boleh dedahkan tentang cerita ni, tetapi yang saya pasti dalam sequel kedua ni, satu demi satu rahsia terbongkar, tapi masih belum cukup kukuh untuk membuat andaian untuk menyelesaikan misteri ini.


Masih lagi ada unsur thriller dan psikologi, malah saya rasa kali ni unsur-unsur tu di dalam novel ni telahpun digandakan.


Dan aku (sorry tiba-tiba tukar jadi aku) ada baca jugak review-review yang blogger lain buat untuk novel macam ni. Uhuh entah kenapa aku rasa aku macam telalu banyak dedahkan pasal novel ni. Takut pulak aku jadinya. Takut spoil cerita ni pulak. Maaflah, aku bukannya reviewer yang baik huhu~ Dan dengar cerita penulis dia ni mesra pembaca dan selalu balas komen di FB, tapi aku tak pernah pun contact penulis sebab haha well, aku kan jarang gila online FB. XD


Keseluruhan:

★★★★★



You Might Also Like

0 obliviators

Great Legacy

Sticky Notes

elite reader(s)