THE LEAVER'S PARADOX

5:31:00 AM


Cuba letakkan diri anda di tempat 'aku'.





Lembaga itu menghumban aku ke belakang. Patah riuk tulang belakang mulai terasa. Aku terduduk, tiada daya untuk berdiri. Tangan melekap di dada, merasa pantasnya degupan yang bergema. Sesak. Terasa sesak di dada. Jiwa meronta-ronta. Minta dibebaskan daripada belenggu kegelapan ini. Pabila aku toleh ke hadapan, yang aku nampak hanya...


Gelap.


Hanya gelap.


Kerana lembaga itu telahpun menutup segalanya yang berada di depan aku.


Apa yang ada di sebalik lembaga itu?


Kerana ingin tahu, aku cuba untuk menewaskan lembaga itu.


Namun aku tewas. Sudah 21 kali aku tewas. Setiap kali aku tewas, pasti ada sebahagian tulangku yang patah. Pasti ada darah yang mengalir keluar. Jika dapat dikumpul darah yang telah hilang daripadaku, pasti melimpahi satu baldi.


Aku menyeluk kocek seluar, untuk mendapati sebiji almond yang masih ada. Satu-satunya yang dapat memberi aku tenaga, hatta ianya kecil, namun amat berharga. Jauh daripada berharga. Malangnya, ia adalah yang terakhir. Almond yang terakhir daripada sembilan almond yang aku ada.


Aku tiada pilihan. Aku perlukan tenaga. Lalu aku menjamah biji kecil almond itu, dengan harapan ia dapat menyumbang tenaga buatku, walaupun tidak seberapa. Luka-lukaku mulai pulih, tulang-temulangku mulai kembali seperti sediakala. Kini, aku telah bersedia.


Malang tidak berbau, sebilah pedang jatuh dari angkasa, Tepat menghiris bahuku. Terasa cecair panas berhamburan keluar daripada bahuku. Sekali lagi aku terduduk, mencengkam bahu yang kian basah dengan cecair pekat dan panas itu.


Dugaan demi dugaan.


"Jangan putus asa," terngiang-ngiang pesan si Bonda. 


"Kenapa aku harus berdepan lembaga itu?" Aku hampir-hampir sahaja berputus asa.




"Kerana...



...kamu telah mencapai usia."




Aku tahu, kehadiran bayang-bayang hanya untuk menyedarkan kita bahawa ada cahaya menanti disebaliknya.


Berbekalkan kudrat yang ada, aku berdiri. Pedang yang terjatuh itu ku genggam. Sudah tiba masanya lembaga itu merasa. Merasa kesengsaraan yang aku rasa. Aku tidak gentar, walaupun berkali-kali lembaga itu cuba menyeringai terhadapku. Tidak, aku takkan berundur.


Namun, baru aku menapak beberapa langkah, lembaga itu kembali menghumban aku ke belakang. Sekali lagi aku ditewaskan. Sekali lagi aku dikalahkan. Kini, sudah 22 kali.


Tiba-tiba, ada seseorang datang menghulurkan tangannya kepadaku. Aku terkesima buat seketika.


"Tunggu apa lagi, kawan? Ayuh!" kata-katanya ibarat suatu seruan yang berjaya membangkitkan semangat aku semula. Lalu ku sambut hulurannya. Aku lihat, bukan aku dan dia sahaja yang ada, namun kini ada 31 orang kesemuanya. Mereka turut sedia berhadapan dengan lembaga itu. Kini, aku tidak bersendirian, kerana...


31 orang. 31 pedang. 1 lembaga.


Sudah tentu kalian tahu yang mana lebih kuat, bukan?


Suara lembaga itu mengerang tatkala kami menghunuskan pedang kami terhadapnya itu ibarat guruh bergema di langit, suara yang maha hebat itu berjaya mengalihkan awan-awan gelap yang menutup langit nan biru, yang kini mulai menyapa kami dengan mesra.


Aku tahu,



'AKU' akan tewas.

...tetapi,

'KAMI' tidak tewas.



Sebaik sahaja lembaga itu jatuh menyembah bumi, akhirnya kami dapat melihat apa yang tersembunyi disebalik lembaga itu selama ini. Ianya...


...hala tuju kami.


Ada banyak cabang laluan yang terbentang di hadapan kami. Barangkali, ada antara kami memilih laluan yang sama, dan barangkali, ada antara kami yang akan memilih haluan yang berbeza, dan nampaknya, terpaksa berpisah.


Senyuman terukir di bibir. Akhirnya, inilah masanya...


***


So far, korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan. This is simbolik untuk perperangan yang dihadapi oleh mangsa SPM 2015. So, overall...



Lembaga stands for SPM itself,

Pedang means our weapon, like homework, revision, etc.

Almond refers to A-grade, lol

Yang hala tuju dan laluan tu... rasanya korang faham. The step to future ofc.

Dan akhir sekali, kenapa 31 orang?

Sebab classmate aku ada 31 orang lelll XD



DEAR 5SC 2015 ♥

Sometimes, it's hard to express the love, but somehow, I wanna tell you how grateful I am, destined to meet you all.

After this, we're going to face the REAL world. Whatever happen afterwards, just, don't let your guard down.

We used to be comrades, aren't we?





















(le me when I met book lol)



when the stars entwined...



So yeah... this is my confession entry. Well every year I made one, ain't I?



And ftw, gambar di'ciplak' dari FB meheheheh XP



Till we met again ^^


You Might Also Like

0 obliviators

Great Legacy

Sticky Notes

elite reader(s)