10 Questions Tag (finally dapat tag!)

1:45:00 AM


Assalamualaikum w.b.t.






Finally I got a tag by sis Fadhilah, ehem thanks sis for tagging me XD It's such a honour (lol) because I haven't got any tag for so long huhuhu. Nothing special to do during this holiday and here I am, spending times prompting reviews for the latest novels that I read and also the current anime that I'm in to, besides neglecting writer's block for my current fanfics.



Without wasting any time, here comes the questions.



Haiwan yang ditakuti?

Lipas. Serious talk. Lipas haiwan yang paling menggerunkan di dunia. Bukan maksud saya tak takut buaya. Bukan juga maksud saya tak takut cacing, lipan, harimau dan anaconda. Tapi lipas ni lain cerita. Sebab saya banyak ada banyak sejarah gelap dengan haiwan bernama lipas ni. T.T



Kalau korang ada bff (kawan baik), korang sanggup ke buat surprise birthday utk dia? Nak buat mcm mana? Kalau yg pernah buat, sharelah sikit.

Ehem. Untuk orang yang agak kejam seperti saya, hehe okay gurau, saya pernah terlibat secara tak sengaja dengan rancangan prank ex-roommate saya. Untuk seharian tu, kitorang ignore dia. Buat macam dia tu tak wujud. (Serious kejam kan?) Tapi lewat petang tu, kitorang ajak satu classmate untuk surprise dia senyap-senyap, memandangkan kitorang takda kek so kitorang bawak nasi pataya lol. bila kitorang buat surprise haha serious dia menangis. dia kata "ingatkan takda siapa nak kawan aku dah" alololo XD



Study dkt mana?

Buat masa ni saya tak study kat mana-mana. Nak kata saya baru lepas graduate dari sekolah menengah pun rasa bersalah sebab tak pegang sijil SPM lagi hohoho. Saya ex-SMKTD utk tahun ni dan ex-MRSM Langkawi untuk tahun-tahun sebelumnya.



Suka bergambar tak?

Suka. Tapi depends. Kengkadang bila bergambar ramai-ramai, mesti muka kita jadi tah cam apa-apa. Tu yang spoil mood tu. Instead, saya yang akan volunteer untuk jadi tukang ambik gambar sebab malas nak tunjukkan muka XP Dan saya suka selfie dan save gambar tu sendiri, malu nak share dekat orang.



Describe diri korang.

Nak describe diri sendiri ni lagi susah daripada mengajar itik sebelah rumah (eh?) Tapi takpelah XP Saya seorang yang friendly di alam maya dan kekok di alam sebenar. Mempunyai kebolehan luar biasa untuk membuat lawak hambar. Kengkadang boleh jadi penakut tanpa sebab. Kengkadang boleh jadi terlebih berani tanpa sebab. Tak suka klise. Suka memeningkan kepala sendiri. Suka berangan.



Suka blogger yang jenis mcm mana?

Blogger yang santai dan ada sense of humour. Sebenarnya, saya tak pernah kisah pun blogger tu macam mana, asalkan ada entri yang boleh dibaca pun sudah memadai. Kadang-kadang bila ada blogger update perkataan "BOSAN" semata-mata dekat blog dia pun saya baca. Yalah, asalkan ada benda yang boleh dibaca kan lol.



Sejarah wujudnya blog korang?

Cerita yang panjang mengalahkan Hikayat Putera Shazlan ehh Hikayat Merong Mahawangsa. Nescaya bernanah telinga tuan hamba mendengar. (apasal tiba-tiba merapu ni) Waktu tu saya baru 11 tahun, alahaii kecil lagi kann. Di era globalisasi dan teknologi maklumat yang kian meledak di seantero dunia. Wujudnya sebuah blog yang bernama "CeRiTa KeHiDuPaN" yang tercipta dari minda kanak-kanak yang naif itu. Hmm, sorry sebab merapu terlebih. Kesian otak dah uzur kut. Pendek cerita, macam mana blog ni tercipta sememangnya sama dengan cerita akak fadhilah *wink*



Rajin join GA/SEGMEN atau suka share stories/tips je?

Dua-dua rajin kot. Kalau ada kesempatan, saya akan join GA/SEGMEN tu. Yalah, nak join komuniti blogger dan nak menang hadiah lol



Sihat? ;p

Alhamdulillah. hehe XD



Apa komen korang tentang blog aku? Hahahahahahaha (JUJUR TAUUUU)

Blog akak? Overall, okey. Blog akak kemas. Takda unnecessary things dekat blog akak. Loading pun laju. Tapi, saya tak boleh followback akak. Sebab dia keluar benda ni dekat bahagian followers;



Saya tak boleh follow blog yang takda Google Friend Connect sebab bilangan blog yang saya follow dah melebihi limit.

Boleh akak baiki yang followers tu? Saya memang nak follow akak~ T.T



Stuck to the rule, saya turut perlu sediakan soalan-soalan untuk insan-insan bertuah di akhir rancangan ini.



- Apakah impian anda yang PALING anda nak?

- Apakah perkara-perkara atau benda yang comel bagi anda?

- 15 tahun kemudian, agak-agaknya macam mana keadaan anda, ya?

- Buku ataupun cerita yang membawa seribu satu makna dalam hidup anda.

- Alat muzik apa yang anda harap anda dapat mainkan?

- Apakah / Siapakah yang memberi anda inspirasi untuk terus berblogging?

- Genre(s) kegemaran anda? (tak kisahlah buku atau filem)

- Ceritakan pengalaman yang membanggakan diri anda.

- Adakah anda ada trauma / fobia kepada apa-apa? Bolehlah kongsikan dengan kami.



Okay, see? Soalan saya tak ubah macam soalan KBAT hohohoho XP jadi mangsa yang bertuah ialah;;;



AWAK | AWAK | AWAK | AWAK | AWAK | AWAK | AWAK | AWAK | AWAK | AWAK




You Might Also Like

10 obliviators

  1. Thank you sbb jawab! :D Hahaha, psl widget follower tu mmg dah try betulkannn. Tapi x tau asal tak okay-2 jugak! Tak cuba try follow dkt button follow dkt navigation bar atas post tu? Ada tulis perkataan follow :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for tagging me! I'll do it soon :)

    ReplyDelete
  3. Kak fadh: Dah cuba, tapi takmau jadi jugak :'( takpa saya still ikut perkembangan akak :D

    Dira: eheh no biggie dear XD

    ReplyDelete
  4. done :) thanks for the tag.

    http://ohthrillers.blogspot.my/2015/12/tag-answers-part-2.html

    ReplyDelete
  5. Hi awak, Saya dah jawab.

    http://insekio.blogspot.my/2015/12/9-questions-tag-by-wallflower.html

    ReplyDelete
  6. terima kaseh tag!! kalau free nnt saya pasti akan jawab!! hehe :)

    ReplyDelete
  7. Adik . Hakak kau ni dah jawab .Maybe menarik bg awk awk semua .Haha.mybe funny .Dont know.

    Mehla usya .

    Penat jari akk type ni ha a

    http://deyawanny.blogspot.my/2016/01/question-tag.html

    ReplyDelete

LEGACY

HOLLER