Planning ;D

8:47:00 PM


 photo a3a8d649-6a21-4b54-80cf-a7578eb6b3f3_zpsxqygxhh4.jpg


Assalamualaikum dan selamat tengah hari dear readers. Okay kali ni entri tak panjang, hohoho (macamlah entri aku sebelum-sebelum ni panjang sangat) So just nak update, in case, lepas ni aku tak terpulun nak update lagi. Wahh, akhirnya blog aku bertukar ke template denim pula hahaha tapi theme still sama, kelabu + pink. Warna yang aku ketengahkan untuk blog ni bukan berdasarkan warna favourite aku tapi berdasarkan 'mood' blog aku. Heheh malas nak terang panjang lebar memandangkan entry kali ni nak pendek-pendek je lol.


You see, aku cuma tinggal 1 paper je lagi sebelum merdeka. Though korang terfikir, "Pehal budak ni boleh terlepas online pula, ni bukan patut pergi study ke?" Well it's Biology and yeah, fine, lepas aku update aku pergi study, yes yes aku pergi study, no worries please no worries XD


Eventhough lani school holiday, (haha seronok la korang yang lebih muda XD) tapi plan-plan aku memang ibarat MEGA PLAN sebab banyak benda yang aku kena buat in order to fill the 3 months freedom before result SPM keluar. Though sekarang aku cuba amalkan amalan ziarah-menziarahi aka blogwalking from blog to blog and leave footprint sebab aku rindu nak buat benda-benda macam tu. Tapi yang merisaukan aku ialah masa aku akan jadi semakin terhad sebab aku ada banyak benda lain nak buat instead of blogwalking, so sebab tu aku start sekarang.


Asalnya aku nak buat entry ni dalam english, yalah, aku ingat nak improve english tahap tadika aku nih haha. Tapi memandangkan aku kena cepat, sebab korang paksa aku study (lol) jadi aku gunalah bahasa pasar mak nenek tok wan aku. Jadilah entry ni entry rojak pasembur ye. Sorry kalau korang rasa tak enak tengok entry rojak ni.


So antara 'mega plan' aku ialah:

1. Update chapter first untuk fanfic contest aku, Beneath The Curse, sebab aku dah janji nak update pada 30 Nov nanti. Aduii, mana aku nak cekau idea untuk first chapterrr ni T.T

2. Attend jamuan kelas yang akan dianjurkan eventhough tempat tak tentu lagi lol

3. Fetch mama dekat airport, 3 Disember nanti

4. Kakak aku rekomen pergi kelas komputer. Yay or nay?

5. Ambil lesen memandu! Yeahh this is epic plan! XD

6. Active more on blogger! Aku rindu nak baca blog-blog para bloggers yang aku follow :3

7. Aku rindu nak main menatang tagging-menagging nih. Sesiapa nak tag aku bolehlah inform dekat shoutbox ok.

8. Nak tengok movie banyak-banyak

9. Nak tengok anime banyak-banyak

10. Nak pergi MPH, borong segala YA Lit yang ada heheh


Okay the last 5 plans tu plan peribadi aku sendiri. The first 5 plans tu is a must, sebab aku sudah mewajibkan diri aku ni untuk buat sebab memang kena buat pun lol.


And lastly, plan terakhir aku after aku habis paper BIO is...


BUAT SPM 2015 OVERVIEW.


Actually idea ni datang waktu aku tengok sorang Youtuber dari South Korea ni, nama dia Dylan Froscot, dia buat overview pasal exam CSAT dia di sana. So, aku macam terinspirasi untuk buat overview untuk SPM yang aku duduki ni, daripada perspektif aku sendiri.


Kebelakangan ni aku suka tengok Youtuber-Youtuber yang kaki study macam si Dylan dan RafiRafee sebab nak ikut tips-tips study yang diorang cuba kongsi. Best tau! Terutama orang macam aku ni yang selalu kecewa dengan result.


So, let's see. Kalau ada kelapangan, aku cuba buat heheh. Nantikan entry pasal overview tu nanti okay? Sayonara :)



You Might Also Like

0 obliviators

LEGACY

HOLLER