Endless Rant =,='

2:18:00 PM


Photobucket


Salam sejahtera wahai penghuni alam buana sekalian.


Kedatangan tuan hamba menjengah blog yang bersarang ini adalah untuk mengadakan sesi bebelan.


Memandangkan ramai orang bertanya (actually takda siapa tanya pun) kenapa aku tukar address blog secara tiba-tiba tanpa sebarang notis, aku cuma boleh jawab yang aku pon tak tau kenapa. Haha, actually aku sekarang addicted dengan teh krisantimum. Lebih tepat lagi, satu keluarga aku mempengaruhi aku untuk addicted dengan benda alah tu. Aku cuma insan naif yang dijangkiti wabak teh krisantimum oleh family tercinta, jadi faham-fahamlah.


( wahh sedapnya kalau dapat minum fresh macam ni)


Tambah lagi kebelakangan ni aku agak malas untuk berjalan (actually blogwalking) dari satu blog ke blog yang lain. Well, FIRST, ada aku komitmen sebagai seorang pelajar yang cemerlang (acewahh sila muntah pelangi sekarang) jadi aku sering hiatus dari alam maya dan tertumpu kepada kehidupan realiti yang lebih tertekan lagi menekan juga ditekan kau memang da boom (???) so... (senyum sumbing) Aku idle for a while.


Secondly, aku frust tahap gaban meraban menyaban tewaban (amende aku merepek ni) dengan apa yang aku dah buat untuk TRIAL. Arghhh rasa macam nak menjerit dalam gaung. Aku tak puas hati dengan usaha dalam exam TRIAL ni so aku nyalakan tekad di hujung cita sama muafakat ke puncak jaya untuk buat yang terbaik untuk SPM sebenar sebab aku taknak meroyan di hari result kelak.


Weh, hangpa. Sorry tau kalau aku merepek 'overdose' hari ni. Serious talk otak aku dah tak boleh berfungsi dengan betul sebab tekanan jiwa yang aku alami sekarang.





Thirdly, aku terbukak gallery tablet aku hari ni dah wahhhh, banyaknya gambar aku dalam tu. Hahaha, okey aku tak kisah hangpa nak skip baca ni, tapi takpalah actually aku malas nak puji diri aku sendiri. Aku memang kaki selfie tapi aku hanya berselfie waktu aku bersendiri oh well aku kan pemalu (sorok muka belakang pintu) Gambar-gambar yang aku tangkap tu pon aku cuma save untuk aku tengok sendiri-sendiri (narsistik kah aku?) dan aku jarang share dekat orang lain maklumlah siapa je nak tengok muka aku yang tak lawa ni. (gigit tisu) Gambar-gambar dekat instagram aku tu rasanya nak je delete sebab menyampah pulak aku tengok hahahaha muka tak layak.





Potly, sorry, fourthly, hari tu ada lipas dalam bilik aku. Waaaa, lipasss! Dahlah aku tengah ulangkaji pagi-pagi tu, yelah nak exam TRIAL. Nasib baik aku tak hilang akal dek kehadiran lipas durjana tu, so hangpa nak tau apa aku buat? Aku panggil Mr. Muscle eh silap Mrs. Kitty aku di luar bilik hewhew. Alahh, aku panggil kucing aku laa. Aku ambik dia lepastu letak betul-betul depan lipas tu. Kucing kan suka main dengan lipas. Bila dia nampak lipas tu, aku ingat dia cuma nak kais-kais, rupa-rupanya dia pergi gigit terus lipas tu, dia ingat lipas tu makanan kott alahh lantaklah aku tak kisah. Lepas tu dia gonggong lipas tu keluar, maybe nak makan kat luar bilik kott ohgoshhh santunkan dia?
So, korang nampak kan? I don't need to lay any single finger on the cockroach to get rid of it. Woohoo aku bersorak kemenangan. (lompat)





Fifthly, nak cerita pasal kerenah manusia. Actually, aku ni bukannya seorang yang judgemental terhadap orang lain. Walaupun aku ni pendiam, tapi aku tak pernah tolak kawan. Setakat ni, aku tak pernah kena tikam la, last kena macam tu pun waktu sekolah rendah. So far waktu aku duduk asrama dulu kawan-kawan aku semuanya fine, elok-elok belaka. Masuk sekolah baru ni, aku ada kawan yang ada 'potential' untuk tikam aku semula. Sorry, I'm not gonna fall for the same trick twice, itu yang aku nak cakap. Mungkin aku ni senyap, blur, nerd dan seangkatan dengannya, tapi jangan underestimate aku. Tapi, setakat ni dia masih okay dengan aku, well, baguslah macam tu. Aku malas nak memperbesarkan hal remeh macam ni, so, let's move on.


Hah lagi satu pasal kerenah manusia. Ada orang ni (different person) bukannya kawan aku, tapi kawan maya aku (really aku pun tak kenal dia sangat maklumlah kenal kat internet, biarlah aku rahsiakan dari laman mana aku kenal dia) dia ni semacam show off. Bukan nak kata la, mungkin sebab dia agak tua dari aku, dia anggap diri dia bagus kot (entahlaa) Actually, aku okay je dengan dia, tapi, lama-lama aku rasa macam, entah, dia macam perasan bagus semacam. Err, sesiapa yang lebih tua dari saya jangan terasa tau, huhuhu saya tahu itu bukan anda (tetiba bahasa aku jadi sopan) Tapi apa salahnya kalau jadi humble sekali sekala. Kita semua manusia yang sama. Takda siapa-siapa yang lebih bagus pun, hatta dia lebih berusia. Takpalah, lain kali kalau ada orang show off, aku nak ikut abang Harry Potter ni punya quote lah.





So, setakat itu saja masa yang dapat dibuang untuk mengupdate blog ini. Hope to see you soon~ pffffft- goodbye and wassalam!



You Might Also Like

0 obliviators

LEGACY

HOLLER