Pengalaman 1st time masuk wad o.O

8:53:00 PM


Photobucket





yea yea akhirnya aku berjaya meloloskan diri keluar daripada wad sakit jiwa hahahah! Adehhh, merapu meraban pulak aku petang-2 nih. Tu, salam kat atas gambo yang lawa tuh, jawab jangan tak jawab! HAHAHA. (Apekene aku nih perangai camberuk tiba-2 nih. Kasi ketuk guna kayu besbol sikit.)



MasyaAllah bawak beristighfar wahai Adibah. Hentikanlah permainan dunia iniii! Huk huk.



Actually nak story morry sikit. Pengalaman aku first taimm masuk wad. (Maklumlah jakun) Alkisahnya, aku ni demam panas. Betul-2 waktu second week final semester punya exam. (Gila engkau bah) Waktu tu dekat surau, betul-2 habis solat Isyak, aku terus lari dekat Awani, meraung dekat dia kata aku sakit kepala. Sakit gila, macam kena hempuk dengan batu belah batu bertangkup. Malam tu aku tak pergi prep, aku tidur dekat surau. Awani, Syazmira, Huda dan HP study dalam surau. Esoknya exam Sejarah.



 Bila dah habis prep, Awani kejutkan aku sebab nak balik hostel. Aku taktau awat aku jadi lembik sangat waktu tu, sampai aku nak turun tangga surau pon perlu dipapah mereka. Tapi lepas tu aku cuba jalan sendiri lah. Kesian pulak kat mereka semua. Mereka pergi DS sebab nak supper, so aku cuba balik hostel sorang-2. Dahlah aku menetap dekat Blok TT yang terletak di penghujung dunia tu, MasyaAllah aku mengucap banyak-2 dalam hati. Half of the way, Anis pulak tolong papah aku sebab dia nampak cara aku jalan macam tunggu nak tumbang je. Sampai-2 je bilik, aku terus tidur sebab aku rasa sangat-sangat semput.






Esoknya aku tak ambik exam Sejarah sebab temp. aku naik gila-2. Ke mana-2 aku pandang pun, semuanya nampak kuning. Ni aku tak berkenan nih. Untuk satu minggu tu saja, aku dah pergi klinik tiga kali. Exam pulak banyak subject yang aku skip. Minggu tu aku tak ada selera nak makan, tapi aku selalu rasa dahaga. So, aku lebih banyak minum air daripada makan.



Next week, temp. aku dah turun sikit-2 tapi penyakit semput tuh tak hilang-2 lagi. Aku taktau kenapa aku cepat rasa penat, termengah-mengah padahal jalan tak jauh mana pun. Especially bila nak naik turun tangga. Then member-2 pon ada tegur yang muka aku nih tersangatlah pucat. Aku memang tak tau apa yang terjadi dekat diri aku sebenarnya.



Sampai satu hari tu, kakak aku datang. Dia bawak aku pergi hospital waktu prep malam. Dekat hospital, aku kena ambik darah. Second time kena cucuk dekat tempat yang sama. (First time dekat klinik, minggu sebelumnya) Tapi tak sakit sangat kott, errr, entahlah. Lepastu kena cucuk lagi, uwaaaaaa. Kali ni dekat belakang palm tangan kanan, rupa-2 nya nak bawak masuk air. Then kena pergi X-ray lagi. Lepas kena tahan sampai lewat malam, ada staffnurse hantar aku sampai ke wad, aku kena stay dekat wad malam tu, so aku tak boleh balik hostel lah. Kakak aku balik ke hotel, tinggal aku dekat wad sorang-2, uwaaaaa~






Esoknya, tengah hari, aku balik maktab and kakak aku suruh packing barang siap-2 sebab kena balik Ipoh hari tu. Aku patutnya ditahan lebih lama lagi di Hospital Langkawi tetapi aku di'transfer'kan ke Hospital Besar Ipoh. Dah habis packing barang, aku pun salam-2 dengan roommate-2 aku yang baru balik dari sekolah.



Kenapa aku dihantar ke Hospital Ipoh? Sebab kakak aku yang request, muahaha. She's in charge dalam Emergency Department. Dekat Ipoh, aku akan selalu diperhatikan oleh kakak aku dan mama aku. Kalau jadi apa-2, senang nak di'settle'kan.



Kenapa aku ditahan di wad? Because I'm diagnosed with pneumonia and anaemia. Bila aku first time dengar doktor cakap penyakit aku tu, aku macam, "Haizz, penyakit-2 ni kan feymes dalam buku Biologi, topik Nutrition? Nampak sangat la aku tidak mengamalkan apa yang aku pelajari daripada topik tuh muhahahah~" Serve your right! (Dush! Dush!)






Untuk pemahaman yang mudah, pneumonia tu dikenali sebagai radang paru-paru. Anaemia tu pulak penyakit 'kekurangan sel darah merah atau haemoglobin'. Doktor cakap, berbanding kedua-dua penyakit tu, penyakit anaemia yang aku hidapi ni lagi membimbangkan. Hah! Sebab tu lah aku pucat, cepat penat dengan semput! Aku kekurangan darah sebenarnya!



Waktu kena tahan dekat Hospital Ipoh pon, aku asyik kena cucuk, cucuk, cucuk dan cucuk. Kalau tak tangan kanan, tangan kiri. Kalau tak tangan kiri, tangan kanan. Wuuuuuuu, lebamm tangan aku. :'( Serius sedih. The last time aku kena cucuk is the 7th time uwaaaaaaaaa! Memang waktu doktor cucuk nak ambik darah tu aku menangis lah, hahahah! Tak larat nak tahan sakit dah weiii! Adoyaiii, aku yang tak berapa takut dekat jarum sekarang dah jadi FOBIA tengok jarum :'(



First day sampai third day dekat Hospital Ipoh aku duduk dekat wad biasa-2 je, yang ramai-2 orang tu. Memang tak ada privasi. Tandas satu kilometer. Mak cik katil sebelah pulak menjadi kawan aku, hahahah! Third day, after makan malam aku dipindahkan ke wad di tingkat 8, woooo! Wad ni baru best, satu bilik 4 orang, hahak macam kat MRSM. Lebih sejuk dan tenang. Tandas dekat, ececece. Khabar angin kata wad ni berhantu, erk! Tapi memandangkan mama selalu teman waktu malam, so aku tak takut sangatlah, huahuahua.






Hari kelima, aku dibenarkan balik rumah. Yabedabedoooo~ Aku ingatkan aku dah sembuh, rupa-2 nya tak lagi. Penyakit anaemia ni susah nak sembuh! Huwaaaaaa~ Darah, bila kau nak banyak? Dahlah 7 Disember nanti kena cucuk lagi, kena ambik darah lagi, tidaaaaaaakk!



Okehh. Setakat tu je pengalaman aku. Tak larat nak taip dah nii hahak. Wassalam.


You Might Also Like

2 obliviators

  1. Awak mmg ada anemia ke? Rajin2 mkn iron ye..

    N sumber2 omega 3 mcm ikan salmon utk kawal asthma :)

    Get well soon!

    http://rahsiavitaminibu.com/vita-lea-iron-formulaterbaik-dari-shaklee/

    ReplyDelete
  2. haha, betul! kena banyakan makan sayur bayam dengan telur kuning sekali untuk tambah iron.

    thanks for the information!

    ReplyDelete

Great Legacy

Sticky Notes

elite reader(s)