New Changes 4.0 + LOST WORLD IN TAMBUN

4:54:00 AM


Photobucket


saja screenshot twitter sendiri, hahah~ gila.



Selamat tengah malam wahai manusia-2 alam buana, bangunlah sebentar untuk mendengar celoteh hamba. (ehem ehem) hari ni untuk kedua kalinya aku ubah skin blog aku. Sebabnya aku lebih suka skin yang simple yet awesome.. HAHA. Korang jangan buat-2 terkejut cimpanzi pulak tengok blog aku yang takda background, actually memang proposely aku buat macam tu. And plus, aku suka font blog aku kali ni. Neomu kyeopta~ akhirnya aku dapat menggayakan font ini. Happiness! >.<



Well, dah habis berceloteh pasai blog aku, sekarang aku nak story kat hangpa pasai holiday aku pulak. Yelahh, alang-2 boleh buat bedtime story korang.



Actually, semalam, keluarga aku mengadakan family trip ke Hong Kong Lost World of Tambun. Aku pakai baju rumah sukan JUPITER je, sebab tu je baju jenis jersey yg aku ada (tak mampu beli jersey sendiri macam korang). Takut nanti kena pergi terjun dalam air pulak. Sekurang-kurangnya taklah lenjun sangat sebab aku pakai jersey, hahak.






Waktu trip tu, fokus destinasi kami di sana cuma satu, iaitu Pet / Animal World! Alah, yang macam mini zoo tu. Seriously seronok jumpa haiwan-2 kat sana. Almaklumlah aku ni (bakal) doktor haiwan. Tak salah aku pergi berkawan dengan haiwan-2 kat situ. Nanti depa jugak jumpa aku bila kena infection bhahahah.



Tindakan kurang cerdik yang telah aku lakukan semasa lawatan ialah AKU TERTINGGAL KAMERA DI RUMAH. Hahahah kesian kawan-2 aku tu tak dapat posing dengan artis macam aku. Kalau ikutkan aku dah jumpa banyak kawan baru. Ada Miley si raccoon, Abu si ayam serama, Awang si anaconda, Atin si ular sawa, segala jenis ular, burung, tikus, tupai, jebon, babun, itik, angsa, ikan dan macam-2 lagi aku jumpa.



Yang paling best dapat jumpa gajah dengan harimau. Aku dah try naik atas gajah dah, MasyaAllah, sungguh best! Gambar-2 tu kat dalam handphone kakak saudara aku pulak, sorrylah tak dapat upload. Part jumpa Sang HARIMAU MALAYA tu pon best jugak. Ranger kat situ ada buat show campak makanan dekat harimau tu dari jauh. Harimau tu "NGAPPP!" macam tu je, woww~ Bayangkan aku yang kena campak, HAHAHAH seram je.



Abang Harimau yang aku jumpa tu memang nampak tough, jinjja! Kalau kena rembat dengan dia memang... fuhhh! [gambar sekadar hiasan, hahahah!]



Mama aku sebenarnya ada melakukan sedikit jenayah kecil di situ. Cuba teka apa dia? AHAHAH. Jawapan korang mesti karut-marut. Takdelahh, mama aku ada seludup makanan luar ke situ, kahkahkah! Dikira jenayah ke? Asalkan perkara yang melibatkan penyeludupan, dikira jenayahlah tu kut? Hahahahahah, apapun, aku tabik getah lah dekat mama aku, waktu ranger tu check beg mama, mama tak terkantoii pun. Mama aku tak bagi beg dia dekat ranger tu, mama aku cuma cakap, "Mak cik ni ada bawak telekung, bedak dengan sikat je kat dalam beg ni. Tak ada benda lain pun." Ranger tu pun percaya je, dia terus kasi mama aku masuk. Padahal dalam beg mama aku tu ada Twisties, keropok ubi, wafer, Chipsmore dan segala macam snack lah tersumbat di situ.



benda di dalam beg aku



benda di dalam beg mama aku



Bila makanan berjaya diseludup, apa lagi, kitorang satu family ni buat picnic la dekat situ. Ngappp semua makanan yang wujud dalam beg mama aku tu dengan bahagia. Hahahah.



Lepas sesi kunyah-mengunyah, kitorang cari tempat berteduh sebab petang tu macam hujan sikit. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai hujan dah berhenti. Aku, kakak aku dengan kak Lili (merangkap kakak saudara aku) pergi main benda alah ni.



wave swinger kott nama dia~



Wawww serious bestt! First taimm aku naik binatang ni, MUHAHAHAH! Rasa macam terbang je bila kena pusing dengan benda tu. Rasa kena campak pon ada. Especially bila level dia makin laju. Fuhhh... besttt! Aku siap melalak lagu Britney Spears waktu kena terbang tuh, mueheheh!



nama dia chair swinger~



yang ni dia lebih kurang macam wave swinger tadi tapi yang ni kurenggg sikit la. Bila naik benda ni rasa biasa je, tak gayat sangat sebab dia tak swing tinggi-2 macam wave swinger tadi. Tapi benda ni cukup untuk membuatkan korang rasa pening macam wanita mengandung 2 bulan (bak kata kak Lili) tapi fortunately aku safe and sound je lepas habis main game-2 nih, hahahah!



Lepas tu cadang nak naik roller coaster. Kakak aku dengan kak Lili tak mau ikut sebab depa dah pening, bhahahahah! Aku yang masih energetic dan bersemangat ni ajak abang aku pulak pergi try roller coaster. Mula-2 kena beratur dulu sebelum naik. Punyalah panjang barisan beratur tu. Sabar jelah.



Dekat belakang aku ni pulak ada puak-2 lelaki Cina tengah beratur. Aku tengoklah sorang lelaki Cina belakang aku tu. Hahah, handsome jugak. >,< Suka tengok dia. Tapi dia dengan geng-2 dia tu prot pret prot pret bersembang mengalahkan bapak kucing tercabut ekor, lol. Lama-2 rimas pulak aku dibuatnya. Aku pun berganjak ke depan, dekat dengan abang aku sikit.



Tunggu punya tunggu, last-2 tak dapat naik. Pasalnya ada komponen roller coaster tu rosak sikit. Takut terjadi apa-2 kemalangan pulak nanti. Abang aku pun macam, "Adik, tak dapat naiklah. (muka sedih)" aku pun macam, "Ha'ah tak dapat naik. Kalau camtu jomlah. (muka buat-2 sedih)"



Kitorang pon sempat buat pose ala-2 model depan Haunted House dengan klon Maya Karin, hahahah!



bahagia je muka aku dapat sentuh rambut pontianak tu, hahahak~




Lepas tu kitorang jumpa manusia zaman paleolitik yang tengah tersesat dalam zaman sekarang ni.



sporting je abang zaman paleolitik ni.



Dah habis buat lawatan sekitar Lost World, kami terus pergi Souvenir Shop. Kami tak sempat nak terjun dalam air memandangkan hari kian lewat, hahahah. Aku agak kecewa jugak lah sebab tak dapat mandi-manda bersuka-ria bergelak-ketawa riang-bermesra dekat kolam-2 yang best di sana. Hahah, maybe next time.



Setakat tu je kot aku nak bercerita pasai holiday aku. Takkan aku nak cerita sampai kami singgah kedai nasi kandar order nasi paprik milo ais semua tu kot? Hahah korang pon dah start mengantuk dah pun, kan? Ke korang dah lama membuta? Hahah lantak ko la nyahh. Good night and Wassalam~


You Might Also Like

0 obliviators

LEGACY

HOLLER