New Changes 3.0 :)

10:30:00 PM


Photobucket


Sila lihat persekitaran anda, hahahah! Nampak kan, banyak perubahan (yang tak berapa nak ketara) aku buat kat belog nih? Akhirnya untuk tahun ini aku berjaya meluangkan masa edit belog, oh serius tahun ini sangat sibukkk sampai aku terlupa akan harta bernilai aku yang terbengkalai nih uhuhuhuh.






Header-2 pulak aku selalu ciplak daripada freebies blog lain ahahak (ohhh kemain ye engkau ciplak-2 nihhh) Btw aku malas nak buat header sendiri memandangkan aku ni sebenarnya tak reti ahahahah. Macam-2 blog tutorial aku terjah nak belajar buat header. Hmm tengoklah, kalau aku rasa mood aku rajin nanti aku try buatlah.



Dan memandangkan sekarang nih aku masih bercuti, aku ada menetapkan beberapa rutin untuk mencapai target yang menempek dalam kepale otak aku. Hahahah, apa lagi kalau bukan untuk menjadi pelajar cemerlang. Tahun depan aku pindah sekolah, sobs sobs. Semua ni sebab penyakit anaemia aku. Aku tak boleh duduk jauh-2 daripada keluarga aku dah. Mereka takut sekali penyakit anaemia nih datang waktu aku belajar kat sana, bukan setakat pengsan dah, takut jadi koma pulak, naya nyawa aku.






Aku rancang lahh kan nak bangun awal-2 pagi (InsyaAllah aku mesti boleh buat! kahkahkah!) then nak study. Study lahh subject apa-2 pon asalkan aku nih membaca, then tengah hari aku rehat sambil online satt, after Zuhur aku try study subject lain pulak. Biarlah aku jadi ulat buku separuh masa. Dekat sekolah baru aku nanti banyak pesaing. Terutama orang-2 Cina, erk! Macam tak percaya aku akan pergi ke sekolah campur nanti. Maksud aku sekolah yang multirace. Dekat MRSM LGK tu monorace ja wahahah.



Lepas tu after Asar aku nak melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan stamina badan aku yang lembik nii hikhok. Then aku makan (hahak! wajib ke bagitau hangpa?) Lepas tu after Isyak aku turun tingkat bawah sat selama satu jam untuk borak-2 dengan mama aku (kalau ada abang dengan kakak aku pon memang aku join sekali) After 10 p.m. I'll be in my room trying to keep my blog up-to-date hahahah! Sebelum tidur aku akan menjana idea untuk mencipta fanfic di samping melayan feeling membaca fanfic hakhak!






Okeylah aku kekurangan idea nak tambah apa lagi untuk entri nih huhuhuh. Serius aku cipta entri nih atas dasar menunaikan janji terhadap belog kesayangan aku supaya dia tak sunyi. Tiap-2 hari aku pikior binatang ape yang aku nak tulis, kengkadang aku main taram ja apa aku nak taip asalkan aku update blog.


Hujan kat tempat aku nih dah berhenti so aku yang tengah laju menaip pon haruslah berhenti. Bhohohohohoh babaiii, Wassalam xD


You Might Also Like

0 obliviators

Great Legacy

Sticky Notes

elite reader(s)