11 Perkara yang Confirm korang pernah buat !

3:31:00 AM


Photobucket 





Aku takde idea sebenarnya nak update pasaii apa memandangkan otak aku tak mampu menjana idea sebabnya aku cuma terperap je di rumah. Berikut ialah 11 perkara wajib yang korang pernah buat waktu kecik-2 dulu mahupun sekarang walaupun umur dah tua bangka. All credits goes tu parasitblog dan facebook.



1. Buka kipas meja, cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar dan bergetar.




2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita.




3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa hebat.




4. Bila ada lori milo / honey star / koko krunch bagi kat korang milo / honey star / koko kruch free, korang beratur untuk ambik lagi sekali.

(mengaku jelah korang pernah buat)



5. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan di antara bukit. Siap ada mata lagi. (kalau aku siap tambah sunglass lagi. kelasss kau matahari)




6. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam gambar ni




7.  Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu mati !




8. Kalau tak siap kerja rumah bagi alasan tertinggal buku latihan kat rumah !




9. Kelas pendidikan seni suka buat pemandangan sawah padi, berpetak-petak kemudian ada sebijik rumah di tengah-tengah. Kreatif ke?




10. Kalau guna warna tak nak tekan sebab takut habis.




11. Masuk bilik abang / kakak senyap-2, on kalkulator saintifik 350 / 570, lepas tu tak reti nak off balik.

(comel je kalkulator nih. kat mana boleh dapat yek?)



Okayylah setakat ni aku mampu share 11 perkara ja. Bila-2 aku free nanti aku share lagi.



Wassalam~


You Might Also Like

4 obliviators

  1. Kebanyakan nya anis pernah buat ! Hahaha apa lah yg kita fikir agaknya : D

    ReplyDelete
  2. anis : kannn? hihihih biasalah waktu bebudak lagi xD

    ReplyDelete
  3. semua perkara di atas saya pernah buat. Best bila igt balik zmn knk2 dulu. hee :D

    ReplyDelete
  4. Cik_Shiqah: hehe :D kadang-2 rasa macam nak buat lagi xD

    ReplyDelete

LEGACY

HOLLER