Lama betul saya 'bercuti' ~

8:13:00 PM

Photobucket




* haw! comellnye kucing ni,, *




Haiya! Lama betul saya 'bercuti' daripada dunia blogging ni. Berapa lama ek? Lebih kurang dua bulan kott. Waahaa, hampir dilupai blog kesayangan saya ini. Berhabuk berdebu berkulat dan macam-macam ber la blog nih!


Okeyy, okeyy. Saya kembali di sini bukannya apa, nak merapu ke meraban ke tahap gaban ke biarlah besok-besoknya. Cuma saya nak flashback apa yang saya dah lalui di hostel sepanjang bulan 2 dan awal bulan ni. 


Kalau ikutkan, cuti sekolah memang dah lama, (lamalah sangat) dari cuti hari pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, baru ingat nak update blog. lamalah jugak tu kann? :D heee,, bukannya apa, saya ada masalah teknikal sikit kat rumah. SAKIT! Sakit apa tu tak payah bagitau lah. Takkan sakit sikit-sikit nak bagitau orang. Saya perlu menjadi kental! (padahal lembik mengalahkan jeli kena rebus!)  p/s; ada ke orang rebus jeli? =,='




inilah muffin untuk birthday saya! :D




5 Februari - Kedukacitaaan tak dapat wakil bola jaring


Inilah kestressmenonggengan of the week sampai tertonggeng-tonggeng mood saya. Memang impian dan harapan saya dari dulu lagi nak wakil bola jaring, tapi tup tup tak terpilih pulak. Bukan sebab apa, tapi, tak tau lah kenapa. Sebab sebelum hari yang perit lagi memeritkan ni muncul, saya punyalah dah praktis seminggu lalu main bola jaring dengan bersungguh-sungguh. Sanggup lewat ke dewan selera untuk makan, sanggup buang tabiat yang sebelum ni malas nak beriadah petang-petang, tiba-tiba tak terpilih pulak. :'(


Bukannya apa, tapi saya sedikit terasa lah dengan akak senior yang buat pemilihan tu. hari tu, punyalah saya berdiri tercongok betul-betul depan muka dia, orang-orang lain yang dia pilih. Yang lebih menyayat hati, dia TAK PANDANG saya lansung! Dahlah dengan tak pandang saya ni, tiba-tiba dia bagi bola, suruh saya dan 2 orang yang hina tak terpilih ni main jauh-jauh. Dia pulak kononnya jadi coach budak-budak lain yang bertuah mengalahkan dapat takhta Queen Elizabeth tu main bola jaring dalam gelanggang. 


Saya dengan muka kelat-kelat ni pun cuma dapat tengok je dari jauh mereka tu main bola jaring. Tak apa, saya tahu tu bukan rezeki saya, tapi dalam hati saya dapat cakap, 'Fine. Ada ubi ada batas, ada hari...'








8 Februari - Pengalaman jadi helper.


Helper? Helper apa? Buat apa? Untuk apa? Bla bla bla? 


Haha. Mai sini cek nak habaq. 8 haribulan dua dulu tu pendaftaran budak-budak form 1. Saya, sebagai ahli kadet bomba yang tak bertauliah bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah sebagai seorang helper yang bertauliah. (macam mana agaknya tu? =,=')


tugas kami ni bukannya apa, cuma kena greet budak-budak dan mak bapak yang baru masuk ke maktab tu dan tambahan lagi kami ni sebagai kadet bomba tak kira lelaki mahupun perempuan dicompulsorykan untuk tolong mengangkat barang-barang budak-budak baru yang banyak dan berat mengalahkan persiapan untuk ke medan Perang Dunia ke III itu dengan kegigihan dan kesabaran menuju ke depan bangunan asrama. (fuhh, satu perenggan satu ayat! boleh tahan jugak semput!)


memang selama ni saya tak pernah lansung jadi helper. Yang tu baru first time atau pecahan rekod terbaru dalam buku kehidupan saya. Boleh lah jugak tahan penat, sebab kena bekerja dari pukul 8 pagi sampai 8 malam 12 tengah hari. Dahlah baru pukul 10 lebih pun, matahari ni rasa macam nak telan saya hidup-hidup. Berbahang-bahang panas hari tu, nasib baik tak sampai hangit. =,='


Bila nak balik asrama, tengok-tengok tak boleh masuk lagi. Apa lagi, menelentang di surau lah jawabnya. =,='




'relax make sense'



Tak pasti bila - Main bola jaring sampai terguling-guling.


Hah. yang ni bolehlah dikatakan part yang best. Saya memang tak terpilih untuk wakil bola jaring, tapi saya tetap turun padang main bola jaring. Bukannya apa, saja nak seronok-seronok. Nak main volley ball, selalunya court laki-laki conquer. Bola keranjang pulak, selalunya senior conquer court. Bola jaring dah ada ruang kosong, jadi seranglah court bola jaring. ehehe. ^______________^


Petang tu, main dengan semua classmates perempuan. yelah, kami cuma 11 orang je. Tak tau la saya ni effect daripada 100 plus ke, sewel ke, tapi petang tu saya sungguh energetic mengalahkan Superman. Maybe ketaksuban untuk menangkap bola membuatkan saya sanggup lakukan apa jua aksi untuk menangkap bola kesayangan. 


Sampai ada satu masa, kawan saya baling bola dekat saya, lalu bola tu terlepas dan bergolek ke tempat lain, saya pun kejar bola tu sampai terjatuh dan berguling sambil peluk bola. Tiba-tiba kawan-kawan saya datang dan jatuh ramai-ramai atas saya. Semuanya gelak ramai-ramai. Apa yang lawaknya pon saya tak tahu. Tapi nasib baik rumput-rumput di padang kering, kalau basah, kotor habis baju kami ni. Mengalahkan pemain ragbi. :D




comelnya kamera ni! agaknya gigi saya ni muat ke nak masuk dalam film dia? :P 



2 Mac - Jamuan birthday.


Lastly, nak cerita pasal jamuan birthday. Eheh, bukan birthday saya, tapi classmates saya. Kami buat rancangan nak sambut birthday boy & girl bulan 1,2 dan 3, ramai-ramai. Best? 50-50 kot, sebab ada classmates yang tak dapat sambut sekali, (balik rumah) dan ada yang pergi taklimat untuk helpers hari sukan. Saya pon tak enjoy sangat malam tu sebab saya tak baik sepenuhnya daripada demam. Duduk termangu sorang-sorang belakang kelas, tapi nasib baik ada kawan teman sekali. Saya cuma main kamera kawan saya, curi-curi tangkap gambar, tengok gambar sambil gelak sorang-sorang macam orang tak berapa waras dan sebagainya.


Makan? Kami cuma makan hash brown dan kek. Tu je la. :I 


Okeylah. Setakat tu je nak flashback. Kalau ikutkan memang macam-macam dah tragedi berlaku kepada saya di asrama, tapi takkan nak cerita semuanya kott? hehe, setakat tu je la nak merapu. Wassalam.




You Might Also Like

6 obliviators

  1. aigoo, nasib kite same ta dpt bola jaring T.T #punahh :/

    ReplyDelete
  2. Nabilah MARS : hehhe. betul3. memang kecewa tahap nak lari satu sekolah! :'(

    ReplyDelete
  3. uhukk, sodd ba rooo ^^v time form3 nanti eden dh cdng nk kongkerr boja under 15, hikhik

    ReplyDelete
  4. Nabila MARS : yupp ! Nabilah kongker dekat sana,, Adibah kongker dekat sini. ehhehe. ^________^ :D

    ReplyDelete
  5. Shuky : kami pulak rindu zaman tadika. ehhehe :D

    ReplyDelete

LEGACY

HOLLER